7 Fakta Zaman Purba Sudah Berteknologi Canggih

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun belakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang menganggap dunia silam adalah dunia mundur, belum terjangkau kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan bahwa keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi, malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai, lagipula kita mengetahui bahwa era perkembangan sains dan teknologi diawali sekitar 200 lalu. Malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja dikenal sejak sekitar 1940.


Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya. Masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur dan jauh daripada perkembangan teknologi.

Sehingga kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali mengungkap rahasia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut beberapa penemuan teknologi masa silam yang menunjukkan bahwa dunia purba telah mempunyai teknologi maju atau modern.

Penemuan Batere dari Baghdad, Iraq

Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja menggali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad. Ia menemukan suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 cm berdiameter 8 cm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri. Malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung 'menampar' sejarah yang mengatakan bateri dikatakan pertama kali diciptakan pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba 5,000 tahun lalu sudah menggunakan tenaga elektrik sekaligus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator Kuno

Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemukan artefak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artefak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan dikatakan ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor Nuklir Berusia Dua Juta Tahun

Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah ada sejak dua juta tahun lalu ditemukan di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Kajian reka bentuk dan struktur reaktor purba itu ditemukan bahwa ia dapat mengekang radioaktif agar tak tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.

Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta Optik

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq, turut ditemukan kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu. Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung Buatan

Di dada kiri mumi anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemukan adanya jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut. Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekam jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kendaraan

Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kendaraan yang ada pada zaman itu walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar lainnya yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang modern juga ditemukan. (www.blog.indojunkers.com)

Related Posts:

0 Response to "7 Fakta Zaman Purba Sudah Berteknologi Canggih"

Posting Komentar